sols-solar-academy-logo

Akademi Solar Biasiswa

Akademi Solar kini menawarkan program BIASISWA PENUH selama 3 bulan bagi pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah. Program ini adalah gabungan latihan teori bilik darjah selama 1 bulan & latihan praktikal bekerja selama 2 bulan, 6 bulan latihan amali di industri suria.

Biasiswa Penuh ini adalah termasuk Pendidikan, Pensijilan, Makanan dan Penginapan 100% PERCUMA.

Mohon tajaan dengan melengkapkan borang permohonan ini.
sols247-solar-academy-3

Rakan Kongsi Kami

sols-energy
kaki-diy-com
griffin-college
sols-edu

30 Slot

Pendaftaran dibuka

Tarikh mula program

Pendaftaran dibuka

Tarikh Tamat Pengajian

sols247-solar-academy-1

Program Akademi Solar

Sijil tamat pengajian diberikan selepas tamat program.

  • Pemasangan Solar
  • Pendawaian Solar
  • Pemasangan Lampu Solar
  • Pemasangan Pengecas Kenderaan Elektrik – EV (Electric Vehicle)
  • Penyelenggaraan dan Pengurusan stor
  • Pembelajaran Pembangunan Karakter
  • Pembelajaran Profesional dan Siap Siaga Untuk Bekerja

Butiran Program Untuk Kursus 3 Bulan

1 Bulan Pertama

Latihan teory - 5 hari / Seminggu

2 Bulan

2-3 hari latihan praktikal / seminggu.

Penempatan Kerja

Pelajar yang telah menamatkan pengajian dan layak, akan di tempatkan di Solar Industri untuk menjalani latihan amali selama 6 bulan. 5 hari seminggu dan menerima elaun sebanyak RM 800 sebulan termasuk tempat tinggal dan makanan sebelum ditawarkan kerja d engan gaji bulanan minimum berjumlah RM 1,800.

Sepenuh Masa Program

Makanan dan Hostel Disediakan.

RM 20 elaun

Elaun diberikan setiap hari sewaktu latihan praktikal.

Penerbangan sehala ke Kuala Lumpur

Biasiswa Penuh termasuk pembiayaan penerbangan sehala sebanyak RM 300 maksimum kepada pelajar yang berasal dari Sabah & Sarawak sahaja.

Siapa yang layak menyertai program ini?

Syarat Kemasukan:

Dokumen Perlu Ada:

Proses Pemilihan:

  1. Borang permohonan yang diterima akan disemak.
  2. Hanya pelajar yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.
  3. Pelajar terpilih akan diberitahu melalui aplikasi WhatsApp.
  4. Berikan pengesahan akhir.
  5. Hadir ke lokasi pada tarikh yang ditetapkan.

Untuk Pelajar Akademi Solar

Deposit

Deposit sebanyak RM 50 akan dikenakan kepada pelajar bagi aktiviti kokurikulum yang tidak wajib, lawatan klinik, dan sekiranya mereka perlu membayar ganti rugi bagi kehilangan / kerosakkan barang-barang kecil.

Baki akan dipulangkan kepada pelajar apabila mereka menamatkan program, dan ibu bapa/penjaga/pelajar perlu menambah jumlah tersebut sekiranya tidak mencukupi sebelum program tamat

sols247-solar-academy-5
sols247-solar-academy-6

Sila Ambil Perhatian

Adalah mandatori bagi semua pelajar untuk melengkapkan semua jenis kelas, bengkel dan peperiksaan yang telah ditetapkan oleh program ini untuk menerima sijil tamat pengajian.

Tempoh program mungkin berbeza mengikut keadaan, pelajar dan keluarga mereka akan dimaklumkan jika terdapat sebarang perubahan.

Kesihatan & Keselamatan

Akademi Solar akan memastikan SOP WAJIB akan disediakan bagi pencegahan Covid-19. Satu bilik akan disediakan sekiranya kuarantin diperlukan. Pengangkutan ke klinik dan prosedur ujian Covid-19 yang akan dibantu, jika perlu.

Barang Yang Perlu Dibawa

Semua pelajar mesti menyediakan barang yang tersenarai di bawah:
sols247-solar-academy-4

Peraturan Akademi

Jika pelajar tidak menghadiri kelas, bengkel dan acara tanpa izin dari guru, pelajar mungkin tidak akan menerima sijil dari pengajian atau diberhentikan.

Pelajar Perlu:

Pelajar tidak boleh:

sols247-solar-academy-7

Hanya 30 slot sahaja! mohon segera sebelum terlambat!!

Semua pelajar yang berjaya menamatkan program dan lulus cemerlang dijamin akan berkhidmat sepenuh masa di SOLS Energy atau syarikat lain. Kepada yang berminat untuk menyertai Akademi Solar dan menjadi Pemasang Solar, mohon berdaftar.